This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Ahad, 31 Julai 2011

Ramai layari laman web semasa bertugas...



LONDON - Satu pendedahan maklumat yang dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang kebebasan maklumat mendapati puluhan ribu laman web dilawati oleh para pegawai kerajaan Britain semasa mereka bertugas, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebanyak 1,000 laman web tertinggi yang sering dilayari oleh ribuan pegawai kerajaan di ibu pejabat kerajaan di sini sepanjang tempoh lima bulan telah didedahkan berdasarkan peruntukan undang-undang tersebut.
Ini menunjukkan para pekerja menghabiskan masa mereka dengan mengemas kini pungutan mata sukan kriket, keputusan loteri, menempah percutian dan mempelajari tarian gelek yang dibayar oleh pembayar cukai.
Antara laman web yang hangat ialah sexymp.co.uk tampil di dalam senarai paling popular itu dengan kunjungan 21,477 kali. 
Laman web itu menyenaraikan ahli-ahli parlimen yang mempunyai daya penarik. 
Senarai paling pelik iaitu preseed.co.uk yang menjual krim pelembap intim berada di kedudukan ke-625 dan dilayari sebanyak 13,295 kali.
Laman web ESPNcricinfo.com turut menjadi pilihan pegawai kerajaan apabila ia dikunjungi sebanyak 346,000 kali.
Turut menjadi pilihan para pegawai kerajaan itu ialah laman web bearsfaction.org.uk yang menerima kunjungan 27,634 kali dan berada di tempat ke-385. 
Ia merupakan laman web aksi secara langsung terbesar di Britain. 
- Agensi

Rabu, 27 Julai 2011

Wahai Rakyat Malaysia Ketahuilah Bahawa Sistem Biometrik Boleh Digunakan Untuk Menipu Pilihanraya!

http://2.bp.blogspot.com/-xWYOHiXICu8/Tip8uEziyUI/AAAAAAAAEik/7ODKi0P7gGM/s320/biometrik.jpg
Manipulasi SISTEM BIOMETRIK boleh dilakukan kepada PENGKALAN DATA.


“Biometrik boleh mencegah penipuan pilihanraya, Biometrik juga boleh digunakan untuk menipu pilihanraya”.


Proses pengesahan melalui sistem itu adalah usaha sia-sia, membazir dan TIDAK SELAMAT pada pandangan peribadi saya kerana sebab-sebab di atas.


SPR harus menimbang 8 cadangan Jawatankuasa BERSIH 2.0 untuk Pilihanraya yang ADIL dan BERSIH. Semoga imej dan integriti pemerintah dan SPR di mata dan hati rakyat Malaysia dapat dipulihkan dengan menerima semua cadangan itu.

Selasa, 26 Julai 2011

Tragedi Pembunuhan di Oslo, Norway : Siapa Anders Behring Breivik???

Anders Behring Breivik

GAMBAR yang diambil daripada Internet menunjukkan Breivik mengacukan senjata automatik.

UNDVOLLEN (Norway): Lelaki yang dituduh menembak mati 85 remaja di perkhemahan belia dan membunuh tujuh yang lain dengan bom kereta di Oslo, menyiarkan rakaman video di YouTube, menyeru golongan konservatif melancarkan perang salib, enam jam sebelum serangan itu.

Anders Behring Breivik memuat turun rakaman video itu menyeru serangan terhadap umat Islam, dengan rakaman menunjukkan dia memakai pakaian selam tentera laut sambil mengacu senjata automatik, beberapa jam sebelum melakukan pembunuhan yang mengejutkan itu.

Dalam teks video itu dia menjelaskan rancangan serangannya, dengan menulis: ‘Saya akan memakai uniform pegawai polis. Ia pasti menggerunkan kerana orang ramai akan terkejut.’
Dalam dokumen setebal 1,500 halaman, dia menulis bahawa ‘terdapat situasi di mana kekejaman adalah perlu’ dan lebih baik membunuh terlalu ramai daripada tidak mencukupi’.









Sumber polis memberitahu media bahawa Breivik mengaku memuat turun video itu untuk meluahkan pandangan ekstrimnya sebelum serangan itu.

Breivik adalah anggota kumpulan Freemason di Oslo dan mempunyai hubungan dengan Liga Pertahanan Inggeris (EDL).

Dalam satu tulisan, dia menulis: “Saya sudah berbincang dengan EDL dan menyarankan mereka memengutamakan strategi dalam berdepan dengan kebangkitan Islam. “Taktik EDL adalah untuk menarik reaksi berlebihan pergerakan jihad Islam dan pelampau fahaman Marxis.






Rakaman video 12 minit yang bergelar ‘Knights Templar 2083’ turut dilaporkan muncul dalam halaman Facebook Breivik yang sudah ditutup.
Halaman itu memetik ungkapan ahli falsafah seperti Machiavelli, Immanuel Kant dan John Stuart Mill.

Dia juga menyenaraikan Kafka antara penulis kegemarannya dan George Orwel 1984 sebagai satu daripada buku kegemarannya.

Breivik berkata, dia menghantar teks dan rakaman video YouTube, di mana dia bencikan dasar pelbagai budaya dan pendatang Islam kepada 7,000 rakan patriotiknya di Facebook.

Dalam teks bertajuk ‘Deklarasi Kebebasan Bangsa Eropah’ dia menulis bagaimana dia mahu menyingkirkan Islam dan fahaman Marxis di Eropah.

“Ada situasi di mana kekejaman adalah perlu dan enggan melakukan kekejaman yang perlu adalah pengkhianatan terhadap orang yang anda ingin lindungi,” tulisnya.

“Kaedah pilihan adalah menyerang secara ganas.

“Tidak perlu meminta maaf atau meluahkan kekesalan kerana anda bertindak mempertahankan diri atau mengambil langkah berjaga-jaga.”

Menulis sebagai Andrew Berwick, namanya dalam bahasa Inggeris, dia berkata, dia mengambil masa sembilan tahun dan membelanjakan 300,000 euro (RM1.26 juta) untuk menulis manifesto itu.
Pautan

Dia berkata: “Titisan hujan pertama menandakan kehadiran ombak besar budaya konservatif yang tidak dapat dihentikan. Ombak besar itu akan menghapuskan Eropah Barat daripada budaya Marxisme dan pelenyapan Islam untuk kali ketiga.

Dia juga didakwa mempunyai hubungan dengan sebuah lagi pertubuhan pelampau Kristian, Stop the Islamification of Europe, menurut akhbar Sunday Telegraph. - Agensi.

Isnin, 25 Julai 2011

Peserta BERSIH bersolat dengan tangan diikat, alasannya???

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhAw3ie_39Bcxo8EmCCvT-RN7K90o53hfaBYjVXoD2COTWn07-uiRZ4_dQYkK2vJa0jEGQgQRKJuNzMQO5-U_ry3Y-pxGwq0nFxhBfURfNpkyK79CXvRCl9uS7I1k9fbCOvPYC1280wr33e/s1600/solat+bergari.JPG

Anak-anak muda ini adalah antara yang ditahan polis secara zalim semasa Himpunan
BERSIH 2.0, 9 Julai lalu. Mereka bersolat dengan keadaan tangan bergari,sekali
tengok,dah macam askar Israel yang menzalimi penduduk Islam Palestin.
Apa bezanya..?? Yang lagi pelik..apa hal Mat Polis hanya melihat sahaja mereka
bersolat..?? mungkin dalam Keuzuran beb..ha3

Apa yang penting PAS terbukti berjaya mentarbiyyah ahlinya untuk sentiasa
istiqamah mengerjakan solat walaupun dalam keadaan apa sekalipun.

Gambar ini diambil berhampiran Dataran Maybank.
Syabas kepada anak-anak muda ini ...
Kami anak-anak muda bencikan politik KOTOR!!!

Khamis, 21 Julai 2011

Misteri kematian John Kennedy & Abraham Lincoln = Kebetulan atau Dirancang ?!

lincoln




Misteri disebalik care kematian presiden Lincoln dan Kennedy ade persamaan antara dorang...seperti telah dirancang dengan begitu kemas...skemas tadika KEMAS jom kite usha2 :
Abraham Lincoln terpilih sebagai anggota Kongres pade tahun 1846.
John F. Kennedy terpilih sebagai anggota Kongres pade tahun 1946.
Abraham Lincoln terpilih sebagai Presiden Amerika pade 1860.
John F. Kennedy terpilih sebagai Presiden Amerika pade 1960.
Nama Lincoln dan Kennedy same2 terdiri dari tujuh huruf.
Kedue2nya same2 mengambil berat masalah hak-hak sivil

kennedy

Isteri kedue2nya same2 kehilangan anak di Rumah putih.
Kedue2nye di tembak pada hari Jumaat. Kedue2nye ditembak di kepala.
Setiausahe Lincoln bername Kennedy. Setiausahe Kennedy bername Lincoln.
Keduenye dibunuh oleh penduduk dari Wilayah Selatan.
Kedue2nye digantikan oleh orang di Wilayah Selatan.
Pengganti mereka bername Johnson.
Andrew Johnson...yang menggantikan Lincoln lahir pade 1808.
Lyndon Johnson...yang menggantikan Kennedy lahir pade 1908.

paper

John Wilkes Booth...pembunuh Lincoln lahir pade tahun 1839.
Lee Harvey Oswald...pembunuh Kennedy lahir pade tahun 1939.
Name kedue2 pembunuh terdiri dari tiga name.
Name kedue2 pembunuh tersebut same2 terdiri dari 15 huruf.
Kedue2 pembunuh itu lari dari sebuah pawagam dan ditangkap berdekatan sebuah gudang.
Boot ditangkap berdekatan sebuah gudang setelah berupaye memboloskan diri dari sebuah pawagam.

kete

Oswald tertangkap di sebuah pawagam setelah sebelumnye berupaya memboloskan diri dari sebuah gudang.
Booth dan Oswald dibunuh sebelum mereka diadili.
Dan ini yang paling unik?..
Seminggu sebelum Lincoln ditembak...ia berada di Kota kecil Monroe...di wilayah Maryland.
Seminggu sebelum Kennedy ditembak...ia berada bersama Marylin Monroe.
Believe it or Not?

Marilyn-Monroe

Sekitar pasar tani di Thailand..

Bagi yang ingin ke Thailand, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi pasar tani di sekitar negara "Gajah Putih" ini. Berbagai-bagai jenis barangan pelik yang boleh didapati disana yang tidak terdapat di pasar tani di Malaysia, ....Jangan terkejut nanti!!!




















Rabu, 20 Julai 2011

Anelka jawab salam peminat Malaysia

                                                    

Syukur alhamdulilah buat penyokong-penyokong Chelsea kerana mendapat pemain yang mesra dengan Islam.Begitu mesra untuk menjawab salam yang diberikan oleh peminatMalaysia kepada Anelka .

Kalau ikutkan ramai jugak pemain EPL yang beragama islam tapi tidak mahu menonjol imej islamnya.Ada yang memakai Tatoo ,pergi ke disko/Pub dan minum minuman keras(arak).

Tapi jika tengok peribadi Anelka nampak agak 'bersih' sedikit jarang dengar kelakuan buruknya yang bertentangan dengan agama islam.

Pemain bola sepak islam begini la kita mahu.

Muqaddimah






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Ahlan wasah' lan (selamat datang) ke pemburuHelangMerah.blogspot.com...


Syukur ke hadrat Allah s.w.t. diatas segala limpahan rahmat dan kurniaNya dapat juga ana siapkan blog ini..
-Perhatian-
Semua yang terkandung di dalam blog ini merupakan perkongsian dari penulis kepada pengunjung. Apa yang terkandung bukan hakcipta penulis 100% sekiranya tertulis perkataan dipetik dari dan sebagainya.
Menyalin kandungan dibenarkan sekira ianya hakcipta penulis 100% dan apa-apa perubahan kandungan oleh penyalin bukan tanggungjawab penulis.  Apa-apa kandungan yang bukan hakcipta penulis sila rujuk sumber asal.
harap maklum.
Firdaus.. .                                    

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More