This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Khamis, 20 Oktober 2011

Jom baca cerita sebenar di sebalik kematian Gaddafi


Mayat Gaddafi diheret dan dikasari


KAHERAH 21 Okt. – Rakaman televisyen menunjukkan mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang berlumuran darah diheret dan dikasari pasukan tentera anti Gaddafi.
Dalam rakaman yang disiarkan Al Arabiya, muka Gaddafi berlumuran darah dan tentera anti-kerajaan mengheret mayat bekas pemimpin itu di atas tanah manakala terdapat kesan luka di kepalanya.
Sementara itu, rangkaian televisyen Al Jazeera menyiarkan rakaman mayat Gaddafi yang hampir bogel sehingga paras pinggang diletakkan di atas tanah.
Selain itu, Al Jazeera turut menyiarkan gambar mayat Gaddafi di belakang ambulans dan mukanya tidak berlumuran darah. – REUTERS



Selasa, 11 Oktober 2011

Gambar Asal Kapal Titanic


Kagum sungguh En. Billy dengan kecanggihan kapal pelayaran terkenal Titanic. Bayangkanlah, time tu baru sj kot tahun 1912, tapi teknologi yang dimiliki oleh diorang tersangatlah canggih. Walaupun kapal ni hanya menggunakan kuasa wap (arang batu), tapi teknologi ni boleh dikira canggihlah buat masa tu. Lagi pula, ia kapal penumpang terbesar di dunia pada waktu itu!

Di bawah ni, gambar-gambar dokumentasi awal kapal Titanic sebelum ia tenggelam.

Ist Class Grand Staircase

Ist Class Gymnasium

Lawrence Beesly di dalam Gymnasium

RMS ‘Olympic’ dan ‘Titanic’ sebelah menyebelah.

10 April 1912; Berlepas dari So’ton

Underway

Kipas untuk menggerakkan kapal. Bandingkan dgn saiz manusia di bawahnya.

 Titanic ketika dalam pembinaan

Titanic’s Boilers

Enjin kapal dari bhg tepi

Titanic slides into the Lagan

Titanic propeller shaft installation

 Ditambat dgn tali di pelabuhan

Tiket Kapal Titanic Kelas 3

Kat atas ni pula SOS yg dikirim Kapal Titanic ke Kotra Birma sebelum tenggelam.

Fakta Ringkas:
  • RMS Titanic atau juga SS Titanic merupakan kapal yg kedua dari 3 kapal penumpang gergasi yg dibina bertujuan untuk memonopoli perniagaan perjalanan trans-Atlantik.
  • Ia dimiliki oleh Syarikat White Star Line dan dibina di gudang kapal Harland dan Wolf. Ia merupakan kapal penumpang berkuasa wap terbesar di dunia ketika itu.
  • Ketika pelayaran pertamanya, Titanic melanggar bongkah ais pada pukul 23:40 (waktu kapal), iaitu pada 14 April 1912 dan tenggelam sekitar 2 jam 40 minit kemudian pada pukul 2.20 pagi.
  • Semasa pelayaran, kapal ini membawa sejumlah 2227 penumpang. Sedangkan jumlah bot keselamatan yg ada hanya cukup untuk menyelamatkan sejumlah 1178 orang shj.
  • Bencana ini mengorbankan 1517 orang dan dikenali sebagai bencana terhebat dalam sejarah dunia.

18 Sebab Mengapa Jin Merasuk Manusia

Gambar Hiasan


WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.
Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.
Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.
“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,?tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.
“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.
Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:


1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.
Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat,?katanya.
Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.
Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

10 negara yang mempunyai umat Islam teramai


Dianggarkan terdapat lebih kurang 1.8 billion umat Islam di dunia ketika ini berdasarkan kepada kajian yang dilakukan oleh Pew Research Centre’s Forum on Religion and Public Life.
Hasil kaji selidik itu didapati lebih banyak umat Islam dari bukan Arab dari kalangan orang Arab. Dianggarkan 1 dalam 4 orang di dunia ini ialah seorang Islam. Dan pada kali ini kami dedahkan kepada anda 10 negara dengan populasi muslim teramai di dunia. Mari kita lihat negara berkenaan.

Morocco/Maghribi.

Bangsa Arab yang datang telah membawa adat, kebudayaan dan ajaran Islam di sana dan menjadikan Morocco moden pada abad ke-7 Masihi. Sejak itu hingga ke hari ini ramai bangsa Barbar yang mula memeluk agama Islam. Kini dianggarkan lebih kurang 28,780,000 orangadalah muslim


Algeria
Bani Umayyah yang pertama kali bertanggungjawab membawa ajaran Islam ke Aljazair ataupun Algeria setelah penaklukan dari Uqba bin Nafi setelah banyak proses penaklukan dan penukaran yang dibentang pada awal 670-711 Masihi.
Namun seperti di Timur Tengah, negara ini berusaha untuk menggabungkan Islam dengan penentangan mereka terhadap peraturan luar negeri. Sehingga kini di Algeria dianggarkan hampir 30,530,000 orang adalah muslim.

Nigeria
Penyebaran Islam di Nigeria melalui tiga peringkat iaitu Peringkat Trans Sahara Afrika Selatan, Peringkat Atlantik dan Peringkat Kemerdekaan. Hampir 50% dari seluruh penduduk Nigeria menganut agama Islam iaitu lebih kurang 53 ribu orang adalah muslim.

Mesir
Pada 628 Masihi, Islam mula tersebar ke Mesir dan pada 639 Masihi ketika Islam di bawah pimpinan Saidina Umar Al-Khattab, 3000 pasukan Amru bin Ash memasuki Mesir. Gabenor Mukaukis pada ketika itu menandatangani perjanjian damai. Sejak itu, Mesir menjadi wilayah kekuasaan Islam. Dianggarkan hampir 58,630,000 orang adalah muslim.

Iran
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/3/3f/Iran_map.png/225px-Iran_map.png
Sebelum kedatangan ajaran Islam, Iran dipengaruhi oleh ajaran-ajaran Parsi, Sassania da Akhemenid meliputi negara-negara jirannya yang kebetulan mempunyai persamaan dari segi bahasa dan kebudayaan. Namun sehingga kini di anggarkan lebih kurang 63,430,000 orangpenduduknya adalah muslim.

Turki
Wilayah yang terdiri daripada Turki moden mempunyai tradisi Islam yang lama dan kaya dengan latar belakang zaman permulaan Seljuk dan Empayar uthmaniyyah dengan penduduk awal di Turki berdasarkan budaya dan sejarah adalah Islam. 65,510,000 orang di Turki adalah muslim.

Bangladesh
 
Islam mula datang ke setelah penaklukan daerah kekuasaan Parsi oleh pemimpin Islam yang terkenal iaitu Shah Jalal di samping kedatangan pedagang-pedagang arab. Dalam bancian 2001 hampir 80% daripada jumlah penduduk Bangladesh adalah Islam dan kini Islam adalah agama terbesar di Bangladesh dengan anggaran hampir 11,080,000 orang penduduk adalah muslim.

India
Sejak ajaran Islam menular di India, ajaran Islam mula mempengarahui kesenian, falsafah, kebudayaan, politik, sejarah dan warisan di India. Agama Islam merupakan agama kedua terbesar di India selepas agama Hindu. Lebih kurang 121,000,000 orang penduduk adalah muslim iaitu kira-kira 17% dari jumlah penduduk di India.

Pakistan
Nama Pakistan adalah hasil dari gabungan awalan daerah Punjab, Afghan, Kashmir, Sind dan Baluchistan dan dalam bahasa Parsi ‘Pak’ bererti suci manakala ‘Stan’ ialah negara. Dengan lebih kurang 150 juta jumlah penduduk dianggarkan lebih kurang 134,480,000 orang adalah muslim.

Indonesia
Seperti yang diketahui Indonesia merupakan negara muslim terbesar di seluruh dunia. Islam mula tersebar di Indonesia pada tahun 30 hijrah setelah Khalifah Usman ibn Affan singgah di Kepulauan Nusantara dan mendirikan pengkalan dagan di pantai barat Sumatera.
Sejak itu ahli pelayaran dan pedagang muslim terus datang dan mula membeli hasil bumi disana dan sambil berdakwah. Indonesia sebuah negara orang Islam dan dianggarkan 88% iaitu 182,570,00 orang penduduknya adalah Islam.



Mas Kahwin: Senaskah al-Quran


Apabila disebut tentang Mas Kahwin, kebanyakan wanita kini hanya memikirkan jumlah atau nilai wang yang ditetapkan untuk Mas Kahwin mereka. Kalau diikutkan, nilai Mas Kahwin berbeza mengikut negeri asal wanita yang ingin berkahwin.
Kadang-kadang tidak sampai ratusan ringgit. Namun pada trend kini, kebanyakan meletakkan Mas Kahwin mengikut kemahuan atau kemampuan pasangan masing-masing. Bukan apa, itu disimbolkan sebagai hadiah kepada wanita atas kesediaannya untuk menerima bakal suami untuk hidup bersama.
Sebagaimana firman Allah:
“Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu Mas Kahwin mereka.” [Surah an-Nisa, Ayat 4]
Selain Mas Kahwin, ia juga disebut sebagai Mahar. Hukumnya adalah wajib. Pada zaman Rasulullah S.A.W dahulu Mas kahwin dibayar dengan berbagai cara iaitu rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya.
Namun, pada zaman kini masih lagi ada golongan yang mengamalkan cara bayaran Mas Kahwin seperti ini, akan tetapi sangat sedikit bilangannya. Sebenarnya apa yang ingin dibincangkan di sini ialah apakah hikmah memilih senaskah al-Quran sebagai Mahar kepada wanita yang bakal dikahwini.
Sabda Rasulullah S.A.W :
“Carilah untuk dijadikan Mas Kahwin walaupun sebentuk cincin yang dibuat daripada besi.” [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Sesuatu yang berguna dan berfaedah seperti wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat sangat dianjurkan oleh Islam untuk digunakan sebagai Mas Kahwin. Nyata, al-Quran adalah pilihan yang sangat terbaik sebagai Mas Kahwin kerana kandungan dan isi al-Quran mempunyai gudang ilmu yang sangat luas dan penuh manfaat.
Rasulullah juga pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tidak memiliki sesuatu apa pun untuk dijadikan Mas Kahwin, lalu Rasulullah bertanya kepada lelaki itu.
“Adakah pada engkau sedikit dari ayat-ayat Quran?” lelaki itu menyahut bahawa dia ada mengingati beberapa surat (ayat-ayat al-Quran), kemudian Rasulullah pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermas kahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isteri lelaki itu.
Lihat, mudah dan halus benar maksud Rasulullah. Banyak kebaikan yang kita dapat daripada ajaran Rasulullah S.A.W ini. Si isteri bukan sahaja dapat mempelajari ilmu Allah, malah dapat mempratikkan dan membacanya selalu dan apabila ilmu yang diberi diamalkan oleh orang lain, ternyata bertambahlah pahala si suami yang memberikan ilmu tersebut.
Antara hikmah senaskah al-Quran sebagai Mas Kahwin ialah:
1. Al-Quran lambang teragung dalam agama Islam dan pemberiannya kepada insan lain umpama satu penghargaan yang tidak ternilai kepada kitab suci tersebut. Malah takrif sesuatu perkahwinan itu dapat ditafsirkan melalui pemberian al-Quran sebagai lambang cinta sejati bersyariatkan agama kepada si isteri.
2. Dapat membawa keberkatan seandainya pasangan mengamalkan isi kandungan al-Quran dalam hidup berumahtangga bersama selepas diijabkabulkan.
3. Mendapat kebaikan dan pahala andai si isteri selalu membacanya, bukan sahaja si isteri malah suami yang memberi juga turut mendapat pahala hingga ke Akhirat.
4. Seperti yang kita tahu, emas juga ada kebaikan jika dijadikan sebagai Mas Kahwin iaitu sebagai pelaburan. Namun ia lebih bersifat material dan mungkin akan habis begitu sahaja di dunia. Namun ayat-ayat al-Quran tidak akan pernah habis dan berakhir walau dibaca berulang-ulang kali dan ayat al-Quran tersebut dapat diajarkan kepada anak, cucu-cicit hingga selama-lamanya.
5. Andai si suami telah meninggal dunia, seperti kita ketahui hanya amalan, anak yang soleh serta ilmu yang berguna sahaja dapat membantu di Akhirat kelak. Al-Quran yang diberi kepada isteri insya-Allah dapat memberi kemudahan dan ketenangan di sana.
Tiada apa yang dapat dilakukan oleh seorang isteri melainkan sentiasa berdoa dan melakukan amalan-amalan yang bermanfaat untuk suaminya yang telah meninggalkannya. Andai si isteri sentiasa membaca al-Quran yang diberikan oleh arwah suami sebagai Mas Kahwin, nescaya Allah akan memberi ganjaran yang berganda-ganda kepada roh suaminya.
Begitulah betapa besarnya hikmah memilih al-Quran sebagai Mas Kahwin. Kebaikan dan faedah yang dapat kita perolehi untuk membina sebuah keluarga bukanlah mengambil masa atau tempoh yang singkat, ia mengambil jangka masa yang panjang dan kita perlulah memandang lebih jauh untuk masa-masa akan datang.
Andai ingin kebahagiaan bukan sahaja di Dunia dan Akhirat, marilah menghargai ilmu Allah yang telah dikurniakan kepada kita. Apalah sangat hendak dibandingkan dengan kebahagiaan di dunia yang hanya sementara ini. Yang selalu kita nantikan ialah kehidupan abadi di Akhirat sana kelak iaitu sebenar-benar kehidupan abadi.

-Artikel Iluvislam.com

Pemegang Anak Kunci Kaabah


Hanya terdapat sebuah pintu untuk memasuki Kaabah dan ia dikatakan diperbuat daripada emas tulen seberat 8 tan(8,000 kilogram).
Pintu Kaabah itu pula hanya boleh dibuka oleh pemegang kunci dari Bani Syaibah. Menurut sejarah Islam, apabila Nabi Muhammad SAW meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah dikuasai oleh Bani Syaibah.
Pada tahun ketujuh Hijrah, berlaku perang pembukaan kota Mekah yang dimenangi tentera Islam. Berikutan itu, Saidina Ali diarahkan supaya mengambil kunci itu daripada Bani Syaibah, malangnya pintu Kaabah tidak dapat dibuka walaupun menggunakan anak kunci yang sama.
Anak kunci itu kemudian dipulangkan kepada Bani Syaibah atas perintah Allah SWT menerusi ayat 58, surah An-Nisa’ yang mafhumnya, ‘Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya‘.
Pada masa itu, Bani Syaibah belum memeluk Islam. Tindakan Rasulullah memulangkan semula kunci Kaabah itu membuka hati ketua Bani Syaibah untuk memeluk Islam diikuti semua pengikutnya.
Keturunan Bani Syaibah telah diamanahkan untuk memegang kunci Kaabah sehingga hari ini.


Rabu, 5 Oktober 2011

Sekitar pembentangan bajet Pakatan Rakyat 2012 : Pakatan bentang belanjawan Sejahtera Untuk Semua


 Suri rumah, golongan kelas bawahan dan warga emas bakal mendapat perhatian istimewa di dalam bajet Pakatan Rakyat 2012 yang dilancarkan empat hari sebelum kerajaan Barisan Nasional yang akan membentangkan belajawan mereka sendiri.

Menerusi Bajet mereka, yang bertemakan " Kesejahteraan Untuk Semua", Pakatan juga berjanji akan memecahkan monopoli-monopoli di dalam sektor-sektor kritikal negara seperti penjanaan kuasa, pembuatan beras dan pemberian lesen teksi.

Pakatan Rakyat akan memperuntukkan RM220 bilion bagi belanjawan 2012 berasaskan kepada sasaran untuk mengekang defisit pada kadar 4.4 peratus daripada KDNK.

Dengan mengangkat tema "Kesejahteraan Untuk Semua", belanjawan Pakatan Rakyat memberi fokus yang lebih kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Belanjawan itu dibentangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di bilik taklimat parlimen hari ini.

Ianya dibentang seminggu lebih awal berbanding bajet kerajaan pusat yang akan dibentang perdana menteri Jumaat ini.

Tujuh prinsip asas yang menjadi teras kepada Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat antaranya adalah seperti berikut:

1 - Membantu rakyat dalam masa terdekat mengharungi suasana ekonomi yang semakin terhimpit.

2 - Menjamin kelangsungan kewangan negara dengan tumpuan khususnya untuk mengurangkan defisit.

3 - Menambahnilai perbelanjaan negara agar peruntukan benar-benar samapai kepada rakyat dengan memerangi rasuah dan penyelewengan.

4 - Memperkasakan keupayaan ekonomi rakyat dalam jangka masa sederhana dan panjang melalui rekayasa latihan teknikal, vokasional dan penggajian memartabatkan rakyat.

5 - Mengukuhkan lagi arus reformasi politik yang manjadi prasyarat dan pendinding dari anasir-anasir yang mahu membolot kekayaan negara untuk mereka dan kaum kerabat mereka sahaja.

Pembelaan rakyat terbanyak

Belanjawan Pakatan Rakyat juga akan melaksanakan bantuan-bantuan berikut bagi mengalihkan sumber kekayaan negara dari golongan mahakaya kepada gologan rakyat kebanyakan:

a) Mengekalkan subsidi minyak RM22 bilion bagi mengelakkan kenaikan harga.

b) Menghapuskan subsidi korporat yang hanya menguntungkan kroni seperti pemilik penjana bebas (IPP), monopoli beras oleh Bernas, monopoli lesen teksi.

c) Bayaran bonus kepada warga emas sebanyak RM1,000 setahun yang berpendapatan kurang RM18,000 setahun.

d) Bayaran suri rumah sebanyak RM1000 dalam tahun 2012 dan menggalak mereka menabung melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

e) Bayaran tambahan kepada isi rumah dalam kategori miskin tegar untuk memastikan pendapatan bulanan mencecah RM550.

f) Bayaran kepada penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat diselaraskan krpada RM550 sebulan berbanding RM300 sebulan pada masa sekarang.

Mengembalikan martabat rakyat

a) Menetapkan gaji minima sebanyak RM1,100 dan akan dikuatkuasakan.

b) Melaksanakan pembayaran elaun pendidik sebanyak RM500 sebulan bagi setiap guru seperti janji Buku Jingga.

c) Menyelaraskan gaji kakitangan awam berdasarkan penetapan gaji minima.

d) Akan menghentikan amalan menggunapakai tenaga perunding dalam proses keputusan kerajaan.

e) Memperuntukkan tambahan RM1.3 bilion untuk menambahbaik skim latihan vokasional dan teknik termasuk menaiktaraf kursus ijazah sedia ada supaya berorientasikan pendidikan universiti teknikal.

f) Peruntukan tambahan RM1 bilion untuk perumahan awam dengan perkongsian pintar bersama-sama dengan kerajaan negeri.

g) Pelaksanaan skim "Bina dan Jual" secara berperingkat bermula dengan skim perumahan awam untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang terainaya akibat projek perumahan terbengkalai.

h) Penganugerahan lesen-lesen secara terus kepada rakyat dan pemohon dengan membatalkan sistem payung yang digunapakai bermula pemberian lesen teksi secara terus kepada pemandu.

Menjamin Kelangsungan Wang Negara

Bagi menjamin kelangsungan wang negara, Belanjawan 2012 Pakatan Rakayat akan mengambil pendekatan berikut:

a) Memotong belanjawan Perdana Menteri sebanyak RM10 bilion dengan mengembalikan peruntukan ini kepada kementerian-kementerian yang berkenaan bagi mengurangkan kecenderungan beberlanja berlebihan oleh perdana menteri

b) Sasaran mengekang defisit yang drastik iaitu pada kadar 4.4 peratus bagi tahun 2012.

c) Dividen Petronas diunjur pada kadar RM26 bilion sahaja iaitu RM4 bilion lebih rendah dari BN bagi memastikan Petronas mempunyai sumber mencukupi untuk terus berkembang.

d) Penjualan Lesen Import (AP) akan dibuat secara lelongan bagi menambah pendapatan negara dengan kadar RM1.2 bilion.

e) Pendekatan perolehan kerajaan akan diamalkan secara tender terbuka dengan jaminan skim-skim khas untuk Melayu/Bumiputera.

f) Menyemak kontrak pembelian senjata oleh Kementerian Pertahanan untuk memastikan nilai tambah kepada strategi dan keperluan pertahanan negara.

g) Mengutip hutang-hutang, tunggakan dan penyelewengan membabitkan dana dan aset negara.

h) Mengembalikan cukai-cukai eksais dan duti yang dibatalkan oleh Perdana menteri ke atas barang-barang mewah seperti beg tangan, seluar dalam berjenama dan lain-lain.

Membina keanjalan dan daya saing ekonomi

a) Menubuhkan Suruhanjaya Perjanjian Awam Negara untuk menilai kembali konsesi yang tidak adil.

b) Meminda Akta Persaingan 2011 supaya meliputi sektor penyiaran, telekomunikasi, tenaga dan sektor bermonopoli laian untuk memecahkan monopoli.

c) Mengurangkan pekerja asing menjelang 2015 mengikut sektor.

d) Elauan penjagaan anak RM1000 setahun kepada ibu-ibu yang layak dipadankan dengan pelaburan kerajaan membina pusat penjagaan kanak-kanak.

Kesejahteraan sekata dan seadilnya

a) Meminda Akta Geran Kapita 2002 untuk beralih dari mekanisme bayaran tetap kepada prinsip formula berdasarkan faktor sumbangan ekonomi, keperluan pembangunan, pendapatan rakyat dan kedudukan sosio ekonomi setiap negeri.

b) Peruntukan tambahan sebanyak RM3.6 bilion untuk pembangunan luar bandar

c) Peruntukan khas RM100 juta untuk program pembersihan dan pengindahan desa di seluruh negara.

Mengukuhkan arus reformasi rakyat

a) Melaksanakan sepenuhnya janji Buku Jingga termasuk memansuhkan ISA, akta bersabit media percetakan, Akta Rahsia Rasmi dan AUKU.

b) Membentangkan Akta Pemulihan Demokrasi seperti dicadang Pakatan Rakyat pada 2011 untuk memansuhkan semua akta yang bertentangan dengan amalan demokratik.

c) Melaksanakan segera semua tuntutan Bersih 2.0

d) Merombak Jabatan Perdana Menteri dengan menaiktaraf jabatan-jabatan bersabit tata kelola dan pertanggungjawab nasional seperti SPR, SPRM, Biro Pengaduan Awam supaya bertanggungjawab terus kepada Parlimen.

e) Pengenalan laporan setengah tahun perbelanjaan dan prestasi kewangan negara dibentang di Parlimen bersama laporan Ketua Audit Negara.

f) Membentuk tujuh Jawatankuasa Parlimen untuk membahas belanjawan di peringkat Jawatankuasa secara terperinci.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More