This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Isnin, 12 September 2011

Sambutan Rumah Terbuka 1Malaysia : Lim Guan Eng jadi tumpuan rakyat..

Apa yang boleh kita lihat rakyat lebih mesra dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dari PM Najib...

Ketua Menteri Lim Guan Eng dan barisan exconya menghadiri majlis rumah terbuka AidilFitri Kerajaan Persekutuan di Guar Perahu. Sambutan itu dirasmikan Perdana Menteri Dato'Seri Najib Razak.

Lim Guan Eng bersama barisan exconya. Kelihatan TKM1 Dato Mansor Othman.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tanpa protokol dan kawalan keselamatan secara terbuka menghadiri majlis itu.

PM Dato'Seri Najib Razak kata, kerajaan persekutuan tidak akan mengetepikan Pulau Pinang meskipun dikuasai pembangkang. So jangan bimbangkan sokonglah pakatan rakyat pada pru13 nanti.

Datuk Zainal bersalaman dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng



Rakyat berkerumun untuk bergambar dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Para pelajar tidak lepaskan peluang bergambar bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Secara protokol sepatutnya Ketua Menteri lebih tinggi kedudukannya daripada Rais Yatim.




Selangor Catat Pelaburan Tertinggi Enam Bulan Pertama 2011



Negeri Selangor terus mencatatkan prestasi membanggakan apabila berjaya merekodkan pelaburan tertinggi dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini dengan jumlah pelaburan sebanyak RM5.2 bilion.
Dalam tempoh ini, Selangor menerima pelaburan asing sebanyak RM3.1 bilion dan pelaburan tempatan sebanyak RM2.1 bilion.
Sebanyak 135 projek telah diluluskan dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini dan membuka 9,847 peluang pekerjaan. Jumlah projek ini yang diluluskan ini jauh lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain.
Daripada 135 projek ini, 89 adalah pelaburan baharu manakala 46 adalah mengembangkan pelaburan sedia ada.
Mengulas perkembangan positif ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata jumlah ini menunjukkan tahap keyakinan yang tinggi pelabur asing dan tempatan terhadap kerajaan negeri.
“Kerajaan Selangor bekerja keras untuk menyakinkan pelabur dan kita amat berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan ini.
“Selangor mencatatkan pelaburan tempatan dan asing yang seimbang dengan mencatatkan 135 projek berbanding negeri-negeri lain yang merekodkan antara 2 hingga 93 projek sahaja,” kata Menteri Besar.
Mengikut pecahan sektor, industri pembuatan elekronik mencatatkan pelaburan tertinggi dengan RM1.3 bilion daripada 18 projek yang diluluskan membabitkan RM110 juta pelaburan tempatan dan RM1,149 bilion pelaburan asing.
Jepun menjadi pelabur terbesar di Selangor dengan 13 projek membabitkan nilai pelaburan sebanyak RM1.136 bilion, diikuti Korea Selatan sebanyak RM652 juta ( tiga projek) dan Singapura dengan RM510 juta (8 projek). 

Tengkorak Mona Lisa ditemui

Para arkeologi menemui satu tengkorak wanita yang dipercayai menjadi model untuk pelukis terkenal Leonardo da Vinci melukis potret Mona Lisa.



Tengkorak dan tulang wanita itu ditemui semasa mereka menggali kubur bawah tanah di biara St. Ursula, Florence yang dipercayai milik seorang wanita yang menjadi model pelukis tersebut melukis potret Mona Lisa.

Pasukan penggalian mendedahkan pada minggu lalu bahawa mereka menemui bilik kawasan rahsia selepas dua minggu melakukan kerja-kerja mencari di biara St. Ursula yang telah tidak digunakan lagi. Kubur itu dipercayai milik Lisa Gherardini Del Giocondo. Wanita itu yang merupakan isteri seorang saudagar sutera kaya yang telah mati pada 1542. Di Itali, Mona Lisa dikenali sebagai La Giocondo.

Beberapa pegawai berkata, tengkorak itu ditemui 1.52m di bawah lantai sebuah biara bersama tulang rusuk dan tulang belakang selepas kerja-kerja menggali dilakukan. 




Kini para saintis akan menguji asid deosirikbonukleik (DNA) tulang itu dengan tulang kanak-kanak yang ditanam dekat kubur tersebut.

Jika saintis dapat mengesahkan tengkorak itu milik model tersebut, artis forensik akan cuba membina semula muka wanita berkenaan untuk dibandingkan dengan lukisan berusia lebih 500 tahun yang dilukis Da Vinci. 

Penemuan tersebut diharap dapat menyelesaikan misteri identiti wanita yang menjadi model untuk da Vinci melukis potret Mona Lisa.

sumber : (itsmesaiful)

Ahad, 11 September 2011

Tun Mahathir : Subjek Sejarah Di Sekolah Kurang Tepat


ALOR SETAR: Subjek Sejarah yang diajar di sekolah-sekolah dilihat kurang tepat kerana tidak mempunyai latar belakang perjuangan kemerdekaan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata subjek itu tidak begitu tepat kerana salah satunya cerita mengenai peranan Tunku Abdul Rahman yang memperjuangkan kemerdekaan negara tidak banyak disebut dalam silibus subjek berkenaan.
"Ramai daripada generasi muda tidak begitu faham dengan sejarah dan asal-usul negara kerana ada percubaan untuk mengubah sejarah daripada fakta kepada khayalan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pecah Tanah Dewan Centennial KSAH-SAHOCA di sini Ahad.
Beliau berkata kerana itulah kerajaan perlu menumpukan apa sebenarnya berlaku supaya tulisan tentang sejarah negara tidak dipengaruhi oleh kepentingan politik semasa.
"Bukan mengkaji semula sejarah tetapi perlu balik kepada benda yang benar. Sejarah sudah berlaku dan kita tidak boleh ubah sejarah dan apa yang berlaku dahulu...berlakulah," katanya mengulas kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Jumaat.
Mohamed Khaled berkata sukatan pelajaran subjek sejarah peringkat sekolah akan dikaji semula selepas didapati beberapa fakta sebelum ini tidak lengkap dan terdapat percanggahan fakta mengenainya hasil kajian ahli falsafah dan teologi negara, Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas di dalam buku terbarunya 'Historical fact and fiction'.
Dr Mahathir berkata sekarang ini generasi muda menganggap bahawa perjuangan untuk kemerdekaan itu perkara biasa kerana mereka dilahirkan dalam sebuah negara yang sudah merdeka dan makmur.
"Jadi mereka (generasi muda) menganggap bahawa dalam mana-mana negara pun akan berlaku demikian, tapi kalau kita buat lawatan ke negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan semasa kita mencapai kemerdekaan, kita akan dapati bahawa mereka tak dapat bangunkan negara mereka seperti Malaysia," katanya. - BERNAMA

AS enggan tinggalkan Afghanistan kerana dadah


(Arrahmah.com) – Mujahidin Taliban dibawah Imarah Islam telah memberhentikan produksi opium di Afghanistan, akan tetapi setelah invasi Afghanistan, teroris Amerika telah memproduksi opium dan menjadi pemasok terbesar di pasar global hingga hampir 90 persen.

Produksi opium pada tahun 2001, tahun bermulanya perang oleh penjajah teroris Amerika, mencapai 185 ton yang sebagian besar produksinya dari wilayah-wilayah yang dikuasai Aliansi Utara yang didukung oleh Amerika, Eropa dan berbagai negara lainnya. Produksi Afghanistan sebelumnya 3.600 ton.

Foto-foto ini adalah ladang opium di Afghanistan yang dikawal oleh tentara salibis Amerika dan NATO


Adapun saat ini, setelah invasi Amerika dan penyebaran lebih dari 150.000 prajurit Amerika, mereka telah mengubah Afghanistan menjadi lahan opium terbesar di dunia dengan produksi lebih dari 9.000 ton, meskipun para penguasa dan PBB berusaha untuk memanipulasi angka-angka dan menjadikannya kurang dari angka tersebut, sekitar 1.000 ton.
Menurut kepala anti-narkoba Rusia, jumlah tersebut menghasilkan pendapatan mencapai 640 milyar dolar per tahun. Sementara itu penghasilan petani tidak mencapai 4 milyar dengan asumsi terbaik. Dan sisa pendapatan tersebut masuk ke dalam kantong Amerika dan khususnya ke dalam rekening mafia obat terlarang di Amerika dan Inggris.
Kedua negara tersebut, Amerika dan Inggris, memiliki pabrik-pabrik pembuat heroin di Afghanistan. Dan semua pabrik tersebut terdapat di dalam pangkalan-pangkalan militer yang memiliki penjagaan dan kerahasiaan maksimum.
Kekuatan militer kedua negara, kemampuan pengawasan satelit, kontrol udara dan kemampuan untuk menghancurkan target darat manapun, semua itu mencegah pihak manapun untuk bersaing dalam bidang tersebut. Hal ini sering membuat marah sejumlah negara sahabat Amerika yang sebagian negara tersebut memiliki pasukan yang berperang di bawah komando Amerika di Afghanistan.

Sabtu, 10 September 2011

Burung juga satu umat seperti manusia


Jika seekor burung ini terbang .... tidak terasa apa-apa kita melihatnya .... bayangkan jika berjuta-juta makhluk Allah ini terbang serentak ... cukup menakjubkan ... sesungguhnya mereka juga adalah suatu umat seperti manusia juga ...

"Segala yang ada di langit dan bumi adalah kepunyaanNya (Allah), dan sesungguhnya Allah Dialah jua yang Maha Kaya lagi Amat Terpuji" .... Maksud al-Qur'an Surah al-Hajj ayat 64



Masya Allah ... urusan siapakah rezek mereka ini .... walaupun jumlah mereka tak terhitung ... namun mereka keluar di waktu pagi dalam keadaan perut yang kosong ... dan ketika pulang di penghujung hari ... perut mereka penuh berisi dalam keadaan kekenyangan ... Maha Suci Allah yang menjamin rezeki bagi setiap makhlukNya ... 

Demi sebuah kehidupan...


Di Gold Canyon, Arizona .... seekor kucing "bobcat" sanggup memanjat pokok kaktus gergasi yang berduri  kerana nyawa terancam akibat diburu oleh singa gunung .... begitulah resam makhluk yang bernyawa ... akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan nyawa .... namun insaflah .... saat kita diburu malaikat maut akan tiba jua ... ada tempat untuk kita lari????

Gambar2 pondok perhentian bas yang unik


Gambar di atas adalah perhentian bas di negara kita Malaysia ... seni binanya bercirikan tempatan ..
perhatikan gambar-gambar perhentian bas dari serata dunia di bawah ini ...













Gambar2 patung terkecil di dunia

Patung-patung kecil ini karya Willard Wigan hanya boleh dilihat dengan menggunakan mikroskop .... setiap karya beliau boleh diletakkan di dalam lubang jarum ... hasil karya beliau juga sering disebut sebagai "keajaiban dunia kelapan" .... 









Macam-macam : Basikal Unik

Bosan dengan basikal biasa .... mereka ini menunjukkan kreativiti dengan melakukan ubah suai basikal lalu menghasilkan basikal yang unik dan tak terfikir oleh kita .... 











Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More