Rabu, 14 September 2011

Gamis Anjur XPDC Dakwah Malam Merdeka 2011

Gamis Anjur XPDC Dakwah Malam Merdeka 2011

KUALA LUMPUR – Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) akan melancarkan XPDC Dakwah Malam Merdeka 2011 menjelang pukul 12 tengah malam pada 16 September ini.
Ketua Penerangannya, Mohd. Yusof Hadhari berkata,  program itu bertujuan membuat pemerhatian dan pemantauan bagi menyekat aktiviti maksiat pada sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.
“Gamis akan memimpin para belia juga mahasiswa untuk turun membawa gerakan dakwah bagi membasmi masalah sosial yang diwariskan setelah detik 12 malam berlalu.
“Oleh itu Gamis menjemput seluruh mahasiswa Islam dan belia untuk hadir ke XPDC Dakwah Malam Merdeka 2011 yang bertemakan “Kempen Kami Tak Nak Maksiat” ini,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Mohd. Yusof berkata, program itu akan bermula dari Masjid KLCC pada pukul 9 malam dengan bacaan yassin dan taklimat khas sebelum para petugas XPDC diagihkan mengikut kawasan sasaran.
Menurutnya, para petugas juga digalakkan memakai pakaian kemas bagi menunjukkan imej contoh para belia lain dan XPDC Dakwah Malam Merdeka 2011 itu dijangka tamat selewat-lewatnya pukul 2 pagi.
Justeru, katanya, para belia dan mahasiswa dijemput untuk bersama Gamis menerokai pengalaman berdakwah bersama pasukan XPDC tersebut.
“Bersamalah kita berkongsi nikmat kemerdekaan ini dengan mencari redha Illahi disamping membantu menyelamatkan anak bangsa,” katanya. – mynewshub.my

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More