Isnin, 15 Ogos 2011

Disebalik perbezaan politik Najib dan Pak Lah dan medan Anwar kembali pulih reputasi

 Konsep 1Malaysia tidak mampu menyaingi populariti Anwar. Jelaslah kepada kita pusingan pertama pertarungan pasukan Najib di medan propaganda seperti sudah rebah di kaki Anwar.




1Malaysia vs Islam Hadhari

     Prinsip 1Malaysia iaitu penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial. Manakala nilai-nilai 1Malaysia iaitu budaya cemerlang, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.

     Kata Perdana Menteri, "Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita ambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita".
     Intipati konsep 1Malaysia nampaknya sekadar memberi wajah baru terhadap apa yang sudah tercatat dalam Rukun Negara. Tiada paradigma baru atau transformasi minda ke arah masyarakat kealas satu.

     Berbeza dengan Islam Hadhari. Kata Tun Abdullah Ahmad Badawi,"Segarkan kembali semangat hijrah dan fathu Makkah serta pancarkan nur Hadhari ke serata bumi. Berjihadlah membina kekuatan Islam itu sendiri melalui penguasaan ilmu, politik dan ekonomi serta keteguhan jati diri dan akal budi."
      Di situ kelihatan ada jalur-jalur pemikiran sejagat. Lihat pula apa prinsip dibawah pendekatan Islam Hadhari :-
      1). Keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi
      2). Kerajaan adil dan beramanah
      3). Rakyat bebas dan merdeka
      4). Penguasaan ilmu pengetahuan
      5). Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
      6). Memupuk kehidupan berkualiti
      7). Penjagaan hak kumpulan minoriti dan wanita
      8). Keutuhan budaya dan moral
      9). Pemuliharaan sumber asli dan alam sekitar
    10). Kekuatan pertahanan

Ramai melihat kerangka pemikiran Islam Hadhari lebih jelas berbanding 1Malaysia

       Tanpa perlu menunggu masa melewati tahun kedua, 1Malaysia semakin malap. 1Malaysia sebenarnya membayangkan gagasan sekadar menyaingi apa yang disajikan Pakatan Rakyat.
       Maka, Najib mengarahkan pembantunya mempromosi keterlaluan gimik 1Malaysia. Pada permulaan timbul idea Juara Rakyat, kemudian Klinik 1Malaysia dan kini Kedai Rakyat 1Malaysia. Seperti kelihatan ada juga mesej yang tersirat disebalik 1Malaysia. Mungkinkah ada hubungkait dengan wang ? Pemilik Pasar raya Mydin bijak merebut peluang perniagaan disebalik jenama 1Malaysia. Kedai Rakyat 1Malaysia khabarnya memasarkan 250 jenama dengan harga murah. jenama produknya 1Malaysia. Sama seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia juga akan diperluaskan ke seluruh negara. Klinik 1Malaysia kini hanya gah pada nama. Ia sekadar membekalkan ubat batok dan demam (panadol). Berapa kerat sangat orang kampung sudi bertandang ke Klinik 1Malaysia.
     
       Malangnya idea pemikiran Pak Lah tidak dipromosi hebat seperti 1Malaysia. Kalau Pak Lah mahu membazir lebih wang rakyat, tentunya Klinik Islam Hadhari, Kedai Islam Hadhari atau apa-apa saja di atas natijah Hadhari boleh dijelmakan.
       Kelebihan yang dibuat pasukan Pak Lah apabila gagasan itu diseminarkan diseluruh negara. Sedangkan 1Malaysia tidak kelihatan dilakukan ke arah itu.
       Namun, kalau ditanya kepada budak-budak, islam Hadhari atau 1Malaysia kedua-duanya mereka tidak faham. Jelaslah di sini, 1Malaysia ada projek wang rakyat sedang menunggu, sedangkan pendekatan Islam Hadhari membayangkan satu jalur pemikiran.

Bersih 2.0 medan Anwar pulih reputasi
















      Bagi Najib, kelibat Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dicantas. Paling dibenci Umno dan Najib iaitu Ahli Permatang Pauh itu.
      Konsep 1Malaysia tidak mampu untuk menyaingi populariti Anwar. Jelaslah kepada kita pusingan pertama pertarungan pasukan najib di medan propaganda seperti sudah rebah di kaki Anwar. 

      Najib tidak mampu menyaingi Anwar menggunakan medan psikologi pemikiran. Maka kata pemerhati di kampus, Najib terpaksa mengumpan langkah kedua iaitu kerajaan dan media.

       Pusingan kedua pertarungan Najib-Anwar mulai seimbang. Jabatan Pendaftaran Negara(JPN), Suruhanjaya Pilihanraya(SPR), mahkamah dan Polis Diraja MAlaysai(PDRM), semuanya di bawah ketiak Perdana Menteri, Begitu juga media. Anwar seperti tiada kekuatan lagi. Jauh sekali mampu merempuh jentera kerajaan. Namun, pertarungan pusingan ketiga sekarang kekuatan baru tiba-tiba dijelma bagi membantu Anwar yang keletihan. Lahirnya Bersih 2.0 membuat jantung Perdana Menteri berolak kembali.
      
       Jentera kerajaan tidak mampu menyaingi kekuatan Bersih 2.0. Langkah pemerintah di bawah Najib sekadar mengharapkan jentera polis menghalang detik 9 Julai menjelma. kalau sebelum ini, 16 September dibimbangi Umno, tetapi sekarang berpindah ula kepada 9 Julai. Polis terpaksa bekerja keras menahan Bersih2.0 membadai. mampukah 1Malaysia menyekatnya ?
      
        Islam Hadhari hayat hampir tujuh tahun, namun 1Malaysia sudah goyang melewati tahun kedua. Najib juga gagal memperkuatkan jenama 1Malaysia dalam Umno dan komponen BN. Islam Hadhari hilang sebaik sahaja Abdullah turun dari Putrajaya. Hari ini 1Malaysia seperti mengheret kaki Najib. Ketika najib masih di Putrajaya 1Malaysia sudah hilang tajinya.
Bersihlah angkaranya !

*sumber : Suara Keadilan

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More