Allah berfirman (maksud):
"Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya)"
(Surah An-Naazi’aat, 79: Ayat 32)
Allah berfirman (maksud):
"Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya.
"(Surah An-Naba’, 78: Ayat 7) Dan Allah berfiman juga berfirman (maksud):
"Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu..."
(Al-Quran, Surah An-Nahl, 16: Ayat 15)
dalam sesetengah tafsir disebut...
”Dan Dia menancapkan gunung-gunung di Bumi supaya Bumi itu tidak berguncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk.”
Sebagai orang islam kita yakin setiap huruf dan perkataan yang terkandung dalam Qur'an pasti betul.Setelah beribu tahun lamanya, saintis barat baru-baru ini menemui sebuah gua yang terletak di Naica Mexico,
gua ini dipenuhi dengan batu-batu kristal yang berbentuk seperi pasak atau pancang seperti yang biasanya dipasang pada bangunan bangunan besar, ada yang sampai dengan 12 meter panjang. Seperti dikatakan saintis, pasak-pasak ini hanyalah mukadimah sahaja kerana dikatakan lebih dalam mereka masuk lebih besar pasak-pasak yang dijumpai
Pengarang buku The Earth" ("Bumi"). yang menjadi rujukan di banyak universiti-universiti di seluruh dunia. Dr. Frank Press.
(Beliau juga pernah menjadi penasihat sains kepada bekas Presiden Amerika, Jimmy Carter).
menyatakan bahawa gunung-ganang hanyalah saebahagian daripada sebuah ‘binaan yang besar’ dimana akarnya memanjang jauh ke dalam perut bumi. Dr. Press menulis lagi bahawa gunung-gunung sangat penting dalam meneguhkan dan menetapkan perut bumi. Inilah yang diperkatakan oleh Al-Quran mengenai gunung-ganang sejak 1400 tahun dahulu.
Subhanallah, benarlah firman Allah s.w.t.
Wallahu'alam...
0 comments:
Catat Ulasan