Jumaat, 19 Ogos 2011

Isu 'Sumpah Laknat sokong BN' syarat nak jadi warganegara...semakin panas!!!

'Skrip sumpah' sokong BN : Ahli Parlimen Ampang sahut cabaran KDN



    Ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin hari ini menyahut cabaran Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang memintanya mengemukakan bukti jelas berhubung dakwaan program pemutihan pekerja asing mensyaratkan mereka membaca 'skrip bersumpah' menyokong BN.
    Sehubungan itu, Zuraida akan membuat laporan polis minggu depan berhubung dakwaan tersebut bagi menyahut cabaran Ketua setiausaha KDN Tan Sri Mahmood Adam, seperti yang dilaporkan hari ini.
"Ya, kita akan membuat laporan polis. Kita sedang mengumpul saksi dan kita mempunyai bukti yang jelas.
"Sekarang kita sedang melakukan kerja-kerja untuk memantapkan dengan (mengumpul) saksi-saksi, katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

 NONE











    Dalam sidang media 16 Ogos lalu, Zuraida dilaporkan mendakwa mendapat 'skrip bersumpah' yang jelas daripada anggota PKR yang menyelinap masuk ke lokasi tertentu. 

   Dakwanya, pendatang asing dikehendaki bersumpah untuk menyokong Umno dan BN sebagai salah satu syarat proses pemutihan itu.

NONE    Helaian kertas yang didakwa mengandungi "skrip bersumpah" itu antara lainnya menyebut "saya/suami/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/Barisan Nasional (BN)".
    Mengulas lanjut, Zuraida berkata beliau membuat pendedahan tersebut bagi mendapat reaksi awal dari KDN berhubung perkara itu.
    Ditanya sama ada beliau sedia untuk menampilkan saksi dan bukti yang jelas, Zuraida sekali lagi menegaskan kesediaan pihaknya untuk berbuat demikian. Sehubungan itu, Zuraida berkata akan membuat laporan polis itu di Balai Polis Ampang minggu hadapan.



http://malaysiakini.com/news/173540





0 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More