Isnin, 29 Ogos 2011

Sambutan Aidilfitri di Malaysia

Berikut adalah merupakan antara pengertian dan amalan Hari Raya Aidilfitri seperti yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Malaysia yang berbangsa Melayu berdasarkan pemerhatian selama ini.

1.'Berhari raya selama sebulan kerana berpuasa pun selama sebulan.'Ini adalah berdasarkan amalan yang terdapat dalam Kitab Sheikh Al-Kepala Bapak Engkau yang diguna pakai di Malaysia. Pengertian ini sangat mendalam di jiwa masyarakat Islam di Malaysia yang berbangsa Melayu. Barangkali begitulah juga sikap mereka dalam hal kebaikan yang lain. Buat 30, dibalas 30.



2.'Membuat perjalanan beratus kilometer untuk pulang ke kampung halaman' meski pun jalan raya telah diketahui akan sesak teruk dan kemalangan sangat berkecenderungan untuk terjadi pada masa itu. Tapi balik tetap kena balik. Ini kerana kebetulan pejabat pun ditutup pada hari itu. Menziarahi orang tua bukanlah satu alasan utama sebenarnya kerana ada beratus hari lagi dalam setahun yang boleh diperuntukkan untuk menziarahi orang tua dan bebas dari kesesakan pula. Itu pun sekiranya benar-benar mahu menziarahi. Tidak perlu dirisaukan sangat soal kemalangan ngeri semua tu kerana ada berjuta orang yang pulang beraya, pasti tak akan terkena kepada kita punya!



3.'Memakan segala makanan yang disediakan dalam kuantiti yang banyak' tanpa henti-henti demi membalas dendam bagi penyeksaan yang telah dikenakan pada sepanjang bulan Ramadhan. Memperingati kesusahan orang miskin dan kelaparan hanyalah wacana untuk bulan Ramadhan semata-mata. Bulan Syawal inilah waktunya untuk menghabiskan wang dan mengisi perut dengan mengadakan jamuan rumah terbuka saban hari. Orang yang dijemput hadir untuk makan pula mestilah dari kalangan yang berkemampuan saja dan datang dari kalangan sahabat handai, rakan sepejabat dan jiran-jiran. Orang miskin dan anak yatim pula tidak perlu dijemput kerana tanggungjawab menjamu mereka telah jatuh kepada golongan artis dan korporat. Lagi pun, bukankah telah jenuh sebulan memperingati mereka?


4.'Bermaaf-maafan dengan ucapan "maaf zahir dan batin". Ini kerana maaf hanyalah layak dipinta pada hari raya saja. Simpanlah segala noda dan nista yang telah dilakukan sepanjang tahun untuk dilupuskan pada hari raya dengan sekadar mengucapkan “maaf zahir dan batin, ya?” atau “0-0, ya?”. Sekiranya mati sebelum sempat hari raya, maka “tough luck la brader”. Tidak perlu menyatakan satu persatu kesalahan yang telah dilakukan sebagaimana dianjurkan dalam Islam. Cukup dengan meminta maaf saja, pasti dikira sudah dimaafkan. Ada jugak orang yang mengambil kesempatan (sebab jahil kot) untuk bersalam-salaman, tak kira mahram ke tidak, under the pretext of Hari Raya setahun sekali jer...





5.'Membuat lebih daripada sekadar memakai baju baru dan cantik pada hari raya.' Langsir, kerusi, kereta, permaidani,perhiasan rumah, barang kemas dan kalau boleh segala-galanya yang termampu dibeli serba baru hendaklah dibeli serba baru. Biarlah habis simpanan kecemasan sekali pun kerana ini adalah satu amalan yang sangat penting kerana raya hanya sekali dalam setahun dan beginilah cara yang paling afdal dan bijak bagi kita meneruskan kesinambungan semangat memperingati orang susah dan miskin lewat sebulan Ramadhan yang lalu.



6.'Menziarahi rumah orang yang tidak dikenali atas alasan mewujudkan silaturrahim.' Ini kerana silaturrahim tidak boleh dipupuk pada masa lain selain daripada bulan Syawal. Tidak perlu ke rumahnya lagi untuk menjengah berziarah pada masa lain sekiranya telah pun datang pada musim raya. Perbualan yang terhenti setakat ziarah kali ini boleh saja disambung pada ziarah raya pada tahun yang akan datang.


7.'Satu peluang untuk membuat dan meneruskan apa saja amalan baru yang tidak kedapatan dalam Islam ' dan jika dipersoalkan, berlindunglah dengan kata-kata seperti “tak apa, ini bidaah yang baik”, “kalau tak minta maaf pada hari raya, hari lain tak tahu sempat ke tak” dan “apa salahnya bagi duit raya, bagilah..setahun sekali je”.


8.'Mengajar anak-anak menjadi peminta sedekah.'Hari Raya saja yang kita lihat anak-anak pergi dari sebuah rumah ke sebuah rumah meminta sedekah dari tuan rumah yang mereka tak kenali langsung dan tak pernah tegur pun sebelum tu. Kalau tuan rumah tak beri seperti yang diharapkan, mereka belajar pula mengutuk dan mengata. Patutlah anak Melayu susah nak berjaya dengan hasil usaha sendiri. Semua nak subsidi, semua nak ada orang dalam, semua nak ada 'ulur-ulur', semua nak berlindung di sebalik status bumiputera, contoh: aku bumi, projek tu mesti beri kat aku. Tak kiralah 'aku' pandai ke tak pandai jayakannya.
 
Dalam kita riang bergembira, mudah-mudahan kita tidak lalai berzakat. Semoga kita teguh insaf serta tidak lupa membantu & mendoakan saudara2 Islam kita yang berduka dan menderita tidak kira di mana mereka berada.
 
Wallahu'alam...

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More