Rabu, 31 Ogos 2011

Khutbah Aidilfitri 1432H/2011M - Hari Raya



الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر



اَلْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَتُوْبُ إِلَيْهِ وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَسَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا مَنْ يَهْدِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ. اَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ اِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. اَمَّا بَعْدُ: فَيَاعِبَادَ اللهِ : اُوْصِيْكُمْ وَنَفْسِي بِتَقْوَ اللهِ وَطَاعَتِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ. قَالَ اللهُ تَعَالَى فِى الْقُرْآنِ الْكَرِيْمِ: يَااَيُّهَا الَّذِيْنَ اَمَنُوا اتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ اِلاَّ وَاَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
 
 
Allahu Akbar 3X Walillahilhamd..Kaum Muslimin Yang Berbahagia.
 
Pagi ini kita semua memiliki perasaan yang sama, yakni gembira. Gembira bukan kerana banyak makanan di rumah kita, bukan kerana wang kita lebih dari cukup atau bukan pula kerana pakaian kita baru. Tapi kita gembira kerana berada dalam kesucian jiwa, kebersihan hati setelah melaksanakan ibadah Ramadhan.

Bulan Ramadhan merupakan bulan penuh keberkatan dan maghfirah yang telah disambut oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia setiap tahun. Tetapi malangnya di Malaysia, kelebihan dan keberkatan beramal di bulan Ramadhan tidak begitu tertonjol kerana ditenggelami oleh seruan keseronokan menyambut 1 Syawal. Keseronokan raya diwar2kan, dipromosi oleh radio, televisyen, gedung2 pakaian, gedung2 membeli belah melampau-lampau sehinggakan kedahsyatan pahala ramadhan,lailatul qadar, peristiwa nuzul al-Quran, peperangan Badar dan pelbagai lagi tawaran2 Allah sepanjang Ramadhan pada tahun ini telah dilupakan dan disambut sekadar sambil lewa, ala kadar dan cukup makan sahaja.


3 fasa yang kita lalui sepanjang di bulan Ramadhan iaitu fasa kerahmatan, fasa keampunan dan fasa pelepasan dari api neraka..ini semua merupakan nikmat Allah yang besar pada hamba-hambaNya…tapi kita sangat sedih..bila menjelang sahaja hari raya…terlondeh semua tawaran-tawaran Allah pada kita sebagaimana yang dijanjikan. Sejak seminggu sebelum raya lagi, keluarlah iklan2 di TV, rancangan-rancangan menarik menjelang Eidul Fitri..bermula malam raya sehingga berminggu-minggu..bermacam-macam bentuk hiburan, kemaksiatan, kemungkaran, pesta dan sebagainya..


Sebab itulah pada bulan Ramadhan walaupun syaitan dirantai dan dipenjarakan tetapi masih ramai manusia yang malas beribadah, malas ke masjid solat berjamaah, malas baca al-Quran, malas solat tarawih, malas solat witir, malas berqiamullail bahkan ada yang masih melakukan kejahatan dan kemaksiatan sepanjang ramadhan. Semua ini berlaku kerana sebelum syaitan dirantai mereka telah dilantik secara rasmi oleh syaitan untuk menjadi pengganti syaitan selama mereka dipenjarakan.

Firman Allah swt :

Apakah sifat Iblis dan syaitan?? Sifat Iblis dan syaitan yang dilaknat oleh Allah ialah sombong tidak mahu tunduk & sujud kepada arahan Allah dan membisikkan agar manusia melakukan kejahatan dengan menentang perintah Allah? Sekali sahaja Iblis membantah arahan Allah supaya dia sujud kepada Adam, diulangi hanya sekali sahaja Iblis menentang dan komplen arahan Allah, Iblis terus dihukum oleh Allah sebagai KAFIR DAN DIHALAU KELUAR DARIPADA SYURGA SELAMA-LAMANYA.
 
Firman Allah swt :


Kita pada hari ini bukan sekali tidak mahu sujud kepada Allah tetapi ada manusia sehari lima kali tidak mahu sujud kepada Allah, sehari 5 kali membantah perintah Allah, sehari 5 kali melawan arahan Allah- itu untuk perintah solat sahaja, bagaimana pula kita tidak mahu tunduk pada perintah supaya berpuasa, berzakat, berhaji di mekah, berekonomi secara Islam, berniaga secara Islam, kenduri kawin secara Islam, berpakaian secara Islam, mengagihkan harta pusaka scara Islam, berhari raya secara Islam, berpolitik secara Islam, memerintah secara Islam, mengundi secara Islam, dan sebagainya mestimikut Islam..semuanya kita bantah..hari ini kita bukan sahaja tidak sujud kepada Allah dalam perintah solat tetapi segalanya perintah Allah kita lawan dan langgar. Persoalannya bagaimanakan kedudukan kita dihadapan Allah di mahsyar nanti jika kita mati tidak sempat bertaubat dan dalam suasana sedang menentang arahan Allah pemilik alam ini. Adakah kita layak untuk mendapat syurga Allah atau dihina seperti Iblis laknatullah dan terus ditendang ke dalam neraka Allah swt. Oleh itu, jika kita juga tidak mahu tunduk dan sujud kepada Allah, kepada peraturan&sistem Allah, kepada hukum dan undang2 Allah, kepada perintah dan larangan Allah maka kita sebenarnya ADALAH SYAITAN DIKALANGAN MANUSIA..

Ingatlah pesanan Allah yang berbunyi :



 
Allahu Akbar 3X Walillahilhamd - Saudaraku Sidang Jemaah Sekelian,
 
Sebenarnya tiada hari raya bagi orang Melayu. Orang Cina ada hari raya cina, tahun baru cina, perayaan naga dan macam2 lagi. Orang melayu tiada hari raya melayu, tiada tahun baru melayu. Yang ada hanya Baju Melayu dan Keretapi tanah Melayu. Kita perlu ingat bahawa hari ini dan setiap 1 syawal kita menyambut hari raya kerana menumpang hari raya Islam. Aidilfitri dan aidiladha adalah hari raya Islam bukan hari raya Melayu- orang Melayu, cina, india, orang asli, orang amerika, orang afrika yang mengucap 2 kalimah syahadah menyambut hari raya aidilfitri. Oleh itu kita kena sedar bahawa apabila kita sambut aidilfitri bermakna kita tumpang hari raya Islam dan MESTI SAMBUT MENGIKUT PERATURAN DAN GAYA ISLAM BUKANNYA GAYA MELAYU.


Persoalannya apakah perbezaan diantara hari raya Melayu dan hari raya Islam.??


Hari Raya Melayu disambut dengan bergembira tanpa batasan hukum hakam agama dan disambut macam tiada pegangan agama. Saban tahun, tiada perubahan malah semakin menjadi-jadi, dengan dentuman2 mercun dan bunga api sejak di bulan ramadhan lagi. Sebenarnya budaya bermain mercun adalah budaya orang cina dalam perayaan mereka iaitu untuk menghalau roh-roh yang jahat. Persoalannya, orang Melayu sambut raya dengan budaya mercun untuk apa?? Adakah untuk halau hantu sedangkan orang yang bermain mercun itulah sebenarnya hantu kerana mereka melakukan suatu perkara yang sangt dibenci oleh Allah iaitu pembaziran.

Firman Allah swt dalam surah Israk:

Muslimin Muslimat Rahimakumullah, Perayaan aidilfitri orang Melayu juga dicemari dengan gelagat artis yang terkedek-kedek menari, melalak, mendedahkan aurat, berpakaian jarang, bergaul bebas, bersalam-salam tanpa mengira mahram ataupun tidak, menghabiskan duit beratus dan beribu ringgit bukan untuk berderma dan bersedekah tetapi untuk perhiasan-perhiasan diri dan perabot rumah, beli tv baru dan sebagainya yang melampaui batas seolah-olah itulah sebenarnya tuntutan hari raya dalam Islam. Untuk makluman, itu bukan hari raya Islam tetapi hari raya syaitan. Sebulan di bulan Ramadhan, syaitan dan iblis dibelenggu dan dilepaskan apabila selesai umat Islam menunaikan solat sunat hari raya..maka mereka bertempiaranlah lari merayakan kebebasan mereka..apakah kita sebagai manusia nak samakan diri kita dengan syaitan yang menganggap selesainya Ramadhan, tibanya Syawal maka bolehlah kita merayakan pelepasan kita dari menunaikan puasa semahu-mahunya tanpa mengira halal dan haram. Makan semahu-mahunya memenuhi kantong perut seperti orang yang kebuluran tidak makan sebulan lamanya.


Tak kira dalam semua segi, pengisian hari raya pada hari ini lebih kepada maksiat dan mungkar…pawagam-pawagam melambai-lambai rindu..menghidangkan cerita-cerita menarik untuk mengisi aktiviti hari raya..maka berbondong-bondonglah para remaja bersama pasangan masing-masing berhari raya di pawagam-pawagam…bukan itu sahaja..ada yang lebih suka berhari raya bersama kekasih masing-masing ditaman-taman bunga dari menziarah nenek dan tok wan yang telah tua di kampung. Lebih teruk lagi, ada yang lebih rela bersalam-salaman dengan kawan-kawan dari mengucup tangan ayah bonda memohon kemaafan… tidak kurang juga yang berhari raya seharian didepan televisyen menonton pelbagai rancangan yang dihidangkan sehingga tetinggal solat fardhu dan tiada lagi tuntutan ziarah-menziarahi, silaturrahim dan perasaan untuk membesarkan Allah.

Sedangkan hari raya sebenar yang disebut dalam Islam merupakan hari fitrah manusia kembali seperti bayi yang baru lahir bersih dari dosa kerana keampunan Allah sempena Ramadhan yang dilalui..tetapi berapa kerat yang nak ambik peduli benda-benda macam ini..

Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ فَرَضَ صِيَامَ رَمَضَانَ وَسَنَنْتُ قِيَامَهُ فَمَنْ صَامَهُ وَقَامَهُ
إِحْتِسَابًا خَرَجَ مِنَ الذُّنُوْبِ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ.

Allah yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi mewajibkan puasa Ramadhan dan aku mensunnahkan shalat malam harinya. Barangsiapa puasa Ramadhan dan shalat malam dengan mengharap ridha Allah, maka dia keluar dari dosanya seperti bayi yang dilahirkan ibunya (HR. Ahmad).


Ketika menjelangnya hari raya, Allah SWT memerintahkan supaya mengagungkan-Nya dan membesarkan-Nya dengan iringan rasa syukur di atas petunjuk-Nya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:



Berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala inilah antaranya, maka disunnahkan bagi umat Islam supaya bertakbir, bertahmid, dan bertasbih, atau disebut sebagai takbir hari raya. Umat Islam disunnahkan untuk bertakbir dengan suara yang lantang serta sebanyak-banyaknya di pagi hari raya ketika menuju ke tempat solat (musholla) sehingga ditunaikan solat aidilfitri.


Seiring dengan perintah mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta’ala, kita perlulah berusaha sedaya-upaya untuk meninggalkan apa jua bentuk maksiat atau perbuatan menyambut hari raya dengan amalan-amalan yang bid’ah dan mungkar. Malah hari raya ini sendiri diberikan oleh Allah swt antaranya sebagai ganti kepada bentuk-bentuk perayaan kaum jahiliyyah terdahulu. Anas B. Malik radhiyallahu ‘anhu berkata :


قَدِمَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَلَهُمْ يَوْمَانِ يَلْعَبُونَ فِيهِمَا فِي الْجَاهِلِيَّةِ، فَقَالَ: إِنَّ اللهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا: يَوْمَ الْفِطْرِ، وَيَوْمَ النَّحْرِ


“Ketika mula-mula Rasulullah SAW datang ke Madinah, penduduk Madinah ketika itu memiliki dua hari khusus untuk bergembira yang padanya mereka selalu bermain-main di masa Jahiliyah. Maka beliau kemudian bersabda: “Sesungguhnya Allah telah mengganti dua hari tersebut dengan yang lebih baik lagi darinya. Iaitu ‘Ied al-fithri dan hari an-Nahr (‘Ied al-adh-ha).” (Hadis Riwayat Ahmad, 19/65, no. 12006. Dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arnauth)



Allahu Akbar 3X Walillahilhamd -Sidang Hadirin Yang Berbahgia,


Sampai bila budaya-budaya sedemikian harus dibiarkan….budaya mencemarkan kesucian Syawal anugerah Allah kepada kita…..jadi..pihak ibubapa kenalah prihatin dan bertanggungjawab dalam hal ini kerana rosak anak-anak adalah disebabkan rosaknya ibubapa dan rosak rakyat adalah disebabkan rosaknya pemimpin. Selamat menyambut hari raya aidilfitri mengikut cara dan tunjuk ajar daipada Islam dan jangan sesekali menyambut aidilfitri dalam kemurkaan dan laknat Allah.



بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ


KHUTBAH KEDUA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ
 
Firman Allah dalam ayat 22 surah ar-Ra’du :
 

Sidang Jamaah sekelian,


Setelah berakhirnya Ramadhan, pertahankanlah kejayaan perubahan diri yang telah dicapai. Masjid jangan dibiar sepi. Solat-solat yang wajib lebih utama untuk dijamaahkan berbanding Tarawih. Puasa 6 hari di bulan Syawwal dan puasa-puasa sunat yang lain jangan dilupakan. Anak-anak yatim jangan dibiarkan yatim 11 bulan.

Amal ibadah dan kebajikan mesti diteruskan. Sesungguhnya, usia mati kita lebih lama daripada usia hidup. Bekerjalah semasa hidup untuk membolehkan kita berehat semasa mati. Janganlah banyak berehat semasa hidup hingga menyebabkan kita dikerjakan selama mati!

Daripada Abi ‘Umar (ada yang memanggilnya Abi ‘Amrah) bin ‘Abdillah radhiyallaahu ‘anhu beliau berkata: Aku berkata, “Wahai Utusan Allah, katakanlah buatku berkenaan Islam perkataan yang aku tidak lagi perlu bertanya kepada sesiapa selainmu.” Kata Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, “KATAKANLAH AKU BERIMAN DENGAN ALLAH DAN KEMUDIAN BERISTIQAMAHLAH KAMU” [Hadith diriwayatkan oleh Muslim]



Akhirnya, marilah kita akhiri ibadah solat kita pada pagi ini dengan sama-sama berdoa:




اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ اْلأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَاْلأَمْوَاتِ اِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعْوَاتِ.

 

Ya Allah, ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat, mu’minin dan mu’minat, baik yang masih hidup maupun yang telah meninggal dunia. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar, Dekat dan Mengabulkan doa.

اَللَّهُمَّ انْصُرْنَا فَاِنَّكَ خَيْرُ النَّاصِرِيْنَ وَافْتَحْ لَنَا فَاِنَّكَ خَيْرُ الْفَاتِحِيْنَ وَاغْفِرْ لَنَا فَاِنَّكَ خَيْرُ الْغَافِرِيْنَ وَارْحَمْنَا فَاِنَّكَ خَيْرُ الرَّاحِمِيْنَ وَارْزُقْنَا فَاِنَّكَ خَيْرُ الرَّازِقِيْنَ وَاهْدِنَا وَنَجِّنَا مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِيْنَ وَالْكَافِرِيْنَ

Ya Allah, tolonglah kami, sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pemberi pertolongan. Menangkanlah kami, sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pemberi kemenangan. Ampunilah kami, sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pemberi pemberi ampun. Rahmatilah kami, sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pemberi rahmat. Berilah kami rizki sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pemberi rizki. Tunjukilah kami dan lindungilah kami dari kaum yang dzalim dan kafir.



اَللَّهُمَّ اِنِّى أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عِلْمِ لاَ يَنْفَعُ وَمِنْ قَلْبٍ لاَ يَخْشَعُ وَمِنْ نَفْسٍ لاَ تَسْبَعُ وَمِنْ دُعَاءِ لاَيُسْمَعُ
Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tak bermanfaat, dari hati yang tak khusyu dan jiwa yang tak pernah merasa puas serta dari doa yang tak didengar (Ahmad, Muslim, Nasa’I).


رَبَّنَا اَتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami kehidupan yang baik di dunia, kehidupan yang baik di akhirat dan hindarkanlah kami dari azab neraka!





Allahu Akbar 3X Walillahilhamd..wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..




SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN..


TAQABBALALLAHU MINNA WAMINGKUM TAQABBAL YAA KARIM...

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More