Selasa, 30 Ogos 2011

Tok Janggut juga menentang kerajaan, adakah beliau juga digelar 'Penderhaka'?

    Isu hangat yang diperkatakan di TV3 sekarang ialah kononnya, Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu adalah penderhaka kerana dikatakan menyokong tindakan komunis menyerang Bukit Kepong semasa zaman penjajahan Brirish suatu ketika dulu.


    Tetapi persoalan sebenar disini bukannya samada kita menyokong komunis atau tidak, persoalannya ialah adakah orang melayu yang bekerja sebagai polis dan tentera dengan kerajaan penjajah british dulu adakah HERO atau penderhaka kepada agama,bangsa dan tanah air.


   Untuk menghukum ,kita kena melihat situasi pada masa itu.Situasi masa itu berlainan dengan situasi zaman ini.masa itu dizaman penjajahan british,Kerajaan yang memerintah bukannya kerajaan Islam tetapi kerajaan Kafir British yang sedang berusaha menjajah bukan sahaja tanah dan negara-negara islam,mereka juga menyampaikan misi dakyah mereka untuk mengembangkan agama mereka kristian.Maka sesiapa pun dari kalangan orang islam yang bekerja dengan kerajaan british dengan sukarela tanpa paksaan adalah pengkianat kepada agama,bangsa dan tanah air bukannya hero.




   Pada masa itu Mufti kerajaan Islam Othmaniah di Turki sudah mengeluarkan fatwa bahawa wajib bagi ummat Islam diseluruh dunia untuk menentang sebarang kuasa asing yang ingin menjajah negara Islam termasuk kerajaan British di Tanah Melayu(kini Malaysia) pada masa itu dan adalah haram bagi sesiapa yang menyokong kerajaan kafir British .
   Berdasar kepada itulah ramai dikalangan Ulama'-ulama' nusantara bangkit menentang penjajahan di negeri masing-masing termasuklah Haji Mat Hasan Bin Panglima Munas atau lebih dikenali sebagai Tok janggut di kelantan.

Tok Janggut

   Nama sebenar Tuk Janggut ialah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas. Beliau mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan.

   Antara yang paling sensitif ialah mengenai pengenaan cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setiap tahun, pokok buah-buahn sebanyak 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung.


   Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff iaitu seorang pegawai tadbir Pentadbiran British yang berasal daripada Singapura, menggantikan raja yang berkuasa di daerah itu. Pertelingkahan mengenai cukai dan pengurusan pengutipan cukai membuatkan Haji Mat Hassan (Tuk Janggut) enggan membayar cukai.

   Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk menangkap Tuk Janggut pada 29 April 1915. Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah ditikam oleh Tuk Janggut lalu terbunuh, Tuk Janggut telah menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri melalui ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.

   Kebangkitan Tuk Janggut menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu berasa terancam dan serba salah. Atas Desakan Pegawai Penasihat British pada masa itu Sultan Kelantan terpaksa menganggap Tuk Janggut sebagai seorang penderhaka. Pada hal Tuk Janggut bangkit menentang atau melawan pentadbiran British yang menggunakan undang-undang cukai baru di seluruh Kelantan, termasuk Pasir Putih.


   Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tuk Janggut telah terkena tembak lalu meninggal dunia. Mayat Tuk Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa satu hari. Mayat beliau digantung songsang (kaki di atas dan kepala di bawah)beberapa hari di Padang Bank(Padang Merdeka). Kemudian mayatnya itu telah ditembak oleh sepasukan pihak British sehingga putus dua badannya. Selepas itu mayatnya dibungkus dan dibawa dengan perahu ke Pasir Pekan untuk dikebumikan. (Pak Teh telah menziarahi pusara Tok Janggut beberapa tahun lalu - mungkin UMNO menganggap beliau adalah pengkhianat kerana melawan Melayu barua British, namun Pak Teh tetap mengatakan beliau mati sebagai seorang syuhada - Al-Fatihah)

   Peristiwa Bukit Kepong (1950) ada persamaan dengan peristiwa Tok Janggut (1915). Tok Janggut di tuduh penderhaka kerana menentang Pasukan Malay State Guide di Kampung Dalam Pupuh, Pasir Putih, sementara Mat Indera telah dituduh Komunis kerana menyerang Rumah Pasong, Bukit Kepong, Muar dan membunuh Mata-Mata. Kedua-dua peristiwa ini melibatkan pihak British sebagai dalangnya dan kejadian berlaku semasa zaman Penjajahan British.
 
 
*Tok Janggut juga menentang kerajaan dan membunuh pegawai kerajaan dan polis pada masa itu. Adakah UMNO nak kata Tok janggut sebagai penderhaka?..

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More